selamat beramal..



SELAMAT BERAMAL


Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah.



"Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita." (alangkah ruginya kita) sekadar perkongsian..renung2kan..dan selamat beramal

adakah kite perempuan yg SUCI..??



adakah kite perempuan yg SUCI..??


Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana- mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita



"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..


Mengapa masih ragu- ragu? "

"Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari"

Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar- besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" - Imam Ghazali-


Sunday, July 13, 2014

TAAT KEPADA IBU BAPA


Hadis 1
Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah s.a.w: “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.  (Hadis Riwayat Tirmizi)

Hadis 2
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya, “Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”.  (Hadis Riwayat Hakim)

Hadis 3
“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”.  (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis 4
Abdullah bin Masud pernah bertanya kepada Rasullullah s.a.w, “Apakah amalan yang paling Allah s.w.t sukai?”. Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya”. Abdullah bin Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa”. Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Rasullullah s.a.w menjawab, “Jihad kerana agama Allah s.w.t”.  (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis 5
“Kembalilah kepada kedua ibu bapamu dan buatlah keduanya tertawa sebagaimana engkau telah membuat keduanya menangis”. (Hadis Riwayat Abu Daud & Baihaqi)

Hadis 6
Daripada Abu Usaid Malik bin Rabi’ah As Sa’idy r.a berkata, suatu ketika kami duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. Kemudian, datanglah seorang lelaki dari Bani Salimah dan bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah masih ada kebaikan yang boleh saya kerjakan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa saya setelah mereka meninggal dunia?”.
Beliau menjawab, “Ya, masih ada iaitu menyembahyangkan jenazahnya, meminta ampun buat keduanya, melaksanakan janji-janjinya setelah keduanya meninggal dunia, menyambung tali persahabatan yang tidak boleh disambungnya kecuali dengan keduanya dan memuliakan sahabat keduanya”.(Hadis Riwayat Abu Daud)

Hadis 7
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Seorang anak tidak dapat membalas jasa orang tuanya sehingga dia mendapati orang tuanya menjadi hamba sahaya kemudian dibeli dan dimerdekakan mereka”. (Hadis Riwayat Muslim & Abu Daud)

Hadis 8
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambahkan rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya serta menyambungkan silaturahim”.  (Hadis Riwayat Ahmad)

Hadis 9
Daripada Malik bin Zurarah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Memohon keampunan untuk ibu bapa yang meninggal dunia daripada seorang anak, termasuk perbuatan berbakti”(Hadis Riwayat Ibnu Najar)

Hadis 10
Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Sesungguhnya seseorang akan diangkat darjatnya di syurga maka dia berkata, Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya semua ini untukku?”. Maka dijawab, “Daripada permintaan keampunan anakmu untukmu”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah & Baihaqi)

Hadis 11
Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Sesiapa yang menziarahi kubur kedua-dua orang tuanya atau seorang daripada mereka pada setiap Jumaat, nescaya akan diampunkan dosanya dan ditulis sebagai orang yang berbakti (kepada ibu bapanya)”.   (Hadis Riwayat Tabrani)

Hadis 12
Daripada Aisyah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Melihat pada tiga perkara adalah ibadah iaitu melihat kepada wajah ibu bapa, Al-Quran dan kepada laut”.  (Hadis Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan lafaz “Melihat kepada Kaabah adalah ibadah”.  (Hadis Riwayat Abu Daud)

Hadis 13
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Apakah saya mesti meminta izin ibu saya jika masuk ke dalam biliknya?”. Baginda menjawab, “ya”. Dia bertanya lagi, “Tidak ada lagi selain saya yang melayaninya”. Jawab baginda, “Apakah kamu suka melihat ibumu tidak berpakaian?”. Lelaki itu menjawab, “Tidak”. Baginda bersabda, “Maka minta izinlah kepada ibumu”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis 14
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a katanya, “Aku belum pernah melihat seorang pun yang berwibawa dan kelakuannya seperti Rasulullah s.a.w terhadap Fatimah puterinya. Jika masuk kepada Rasulullah s.a.w, dia bangkit kepadanya, menciumnya dan mempersilakannnya duduk di tempat duduk baginda. Dan jika Rasullullah s.a.w masuk kepadanya, dia bangkit daripada tempat duduknya, mencium baginda dan mempersilakan baginda duduk di tempat duduknya”.  (Hadis Riwayat Abu Daud, Nasai & Tarmizi)
Hadis 15
Daripada Jabir bahawa seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai harta dan anak tetapi ayahku ingin menguasai hartaku”. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Kamu dan hartamu milik ayahmu”.  (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Hadis 16
Daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Siapa yang menjadikan ibu bapanya redha, maka dia menjadikan Allah redha dan siapa yang menjadikan ibu bapanya marah maka dia telah menjadikan Allah marah (kepadanya)”.  (Riwayat Ibnu Najar)

Hadis 17
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membayar hutang ibu bapanya sesudah mereka meninggal dunia dan menunaikan nazar mereka dan tidak menyebabkan cela bagi mereka, maka dia ditulis sebagai orang yang berbakti walaupun dia adalah orang yang pernah menderhakai ibu bapanya”. (Hadis Riwayat Ibnu Asakir)

Hadis 18
Anas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya seseorang yang ditinggal mati oleh ibu bapanya atau seorang daripada mereka, maka dia adalah orang yang menderhakai ibu bapanya lalu dia tetap mendoakan mereka dan memohon keampunan bagi mereka sehingga Allah menulisnya sebagai orang yang berbakti”. (Hadis Riwayat Baihaqi)

Hadis 19
Ibnu Abas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat adalah orang yang membunuh nabi atau orang yang dibunuh oleh nabi atau membunuh salah seorang daripada ibu bapanya dan pembuat patung serta orang berilmu yang tidak mendapat manafaat daripada ilmunya”.  (Riwayat Baihaqi)

Hadis 20
Daripada Aisyah r.a menceritakan bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w bertanya, “Ya Rasulullah s.a.w, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya?”. Rasullullah s.a.w menjawab, “Ya, bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala”.  (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

 Hadis 21
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Hadis 22
Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya, “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir”.  (Hadis Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment