selamat beramal..



SELAMAT BERAMAL


Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah.



"Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita." (alangkah ruginya kita) sekadar perkongsian..renung2kan..dan selamat beramal

adakah kite perempuan yg SUCI..??



adakah kite perempuan yg SUCI..??


Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana- mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita



"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..


Mengapa masih ragu- ragu? "

"Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari"

Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar- besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" - Imam Ghazali-


Wednesday, August 13, 2014

" I want that girl.. "


A boy said to his father:

 “I saw a girl and I want to marry her.

 She is so beautiful and she has gorgeous eyes."


 The father answered his son:

 of course son, let’s ask for her hand in marriage.”
When the father saw the girl, 

he admired her beauty and he told his son:

 “You don’t deserve this girl, 

she needs someone who has experience in life 

and she can depend on, someone like me.”
The boy was surprised by the attitude of his father and he told him:

 “She will marry me, not you”.

 They started to fight and 

finally they decided both to go to the police station to solve their
problem.
When they tell their story to the police officer, he told them:


 “bring the girl so we can ask her about her opinion about this.”

 When the officer saw the beauty of the girl he said to the boy and his father:



 “you both don’t deserve her,

 she needs someone who has prestige like me.”
The three men started a fight and


 decided to go to the minister to solve their problem.

 When the minister saw the girl, he said:

“She deserves to be married with a minister like me”.

 The prince heard about their problem and 


calls them all to help them solve it 


but and when he saw the girl he said:

 “This girl will marry me”.
All the five men started to fight.


. Finally, the girl said

 “I have the solution! I will start to run


 and whoever catches me first, he will be my husband”



. When she started to run, the boy, his father, the police officer,

 the minister and the prince started to run to catch her.


 Suddenly the 5 men fell into a deep hole.
Moral : The girl looked to them from the top and she said


“do you know who I am?”
I am the Dunya - THE LIFE!!
People want to run to catch me, they are racing to have me. 



By doing that, they forget their religion,



 until they end up in their grave 


and still won’t have me.

Sunday, July 13, 2014

TAAT KEPADA IBU BAPA


Hadis 1
Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah s.a.w: “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.  (Hadis Riwayat Tirmizi)

Hadis 2
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya, “Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”.  (Hadis Riwayat Hakim)

Hadis 3
“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”.  (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis 4
Abdullah bin Masud pernah bertanya kepada Rasullullah s.a.w, “Apakah amalan yang paling Allah s.w.t sukai?”. Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya”. Abdullah bin Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa”. Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Rasullullah s.a.w menjawab, “Jihad kerana agama Allah s.w.t”.  (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis 5
“Kembalilah kepada kedua ibu bapamu dan buatlah keduanya tertawa sebagaimana engkau telah membuat keduanya menangis”. (Hadis Riwayat Abu Daud & Baihaqi)

Hadis 6
Daripada Abu Usaid Malik bin Rabi’ah As Sa’idy r.a berkata, suatu ketika kami duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. Kemudian, datanglah seorang lelaki dari Bani Salimah dan bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah masih ada kebaikan yang boleh saya kerjakan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa saya setelah mereka meninggal dunia?”.
Beliau menjawab, “Ya, masih ada iaitu menyembahyangkan jenazahnya, meminta ampun buat keduanya, melaksanakan janji-janjinya setelah keduanya meninggal dunia, menyambung tali persahabatan yang tidak boleh disambungnya kecuali dengan keduanya dan memuliakan sahabat keduanya”.(Hadis Riwayat Abu Daud)

Hadis 7
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Seorang anak tidak dapat membalas jasa orang tuanya sehingga dia mendapati orang tuanya menjadi hamba sahaya kemudian dibeli dan dimerdekakan mereka”. (Hadis Riwayat Muslim & Abu Daud)

Hadis 8
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambahkan rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya serta menyambungkan silaturahim”.  (Hadis Riwayat Ahmad)

Hadis 9
Daripada Malik bin Zurarah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Memohon keampunan untuk ibu bapa yang meninggal dunia daripada seorang anak, termasuk perbuatan berbakti”(Hadis Riwayat Ibnu Najar)

Hadis 10
Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Sesungguhnya seseorang akan diangkat darjatnya di syurga maka dia berkata, Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya semua ini untukku?”. Maka dijawab, “Daripada permintaan keampunan anakmu untukmu”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah & Baihaqi)

Hadis 11
Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Sesiapa yang menziarahi kubur kedua-dua orang tuanya atau seorang daripada mereka pada setiap Jumaat, nescaya akan diampunkan dosanya dan ditulis sebagai orang yang berbakti (kepada ibu bapanya)”.   (Hadis Riwayat Tabrani)

Hadis 12
Daripada Aisyah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Melihat pada tiga perkara adalah ibadah iaitu melihat kepada wajah ibu bapa, Al-Quran dan kepada laut”.  (Hadis Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan lafaz “Melihat kepada Kaabah adalah ibadah”.  (Hadis Riwayat Abu Daud)

Hadis 13
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Apakah saya mesti meminta izin ibu saya jika masuk ke dalam biliknya?”. Baginda menjawab, “ya”. Dia bertanya lagi, “Tidak ada lagi selain saya yang melayaninya”. Jawab baginda, “Apakah kamu suka melihat ibumu tidak berpakaian?”. Lelaki itu menjawab, “Tidak”. Baginda bersabda, “Maka minta izinlah kepada ibumu”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis 14
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a katanya, “Aku belum pernah melihat seorang pun yang berwibawa dan kelakuannya seperti Rasulullah s.a.w terhadap Fatimah puterinya. Jika masuk kepada Rasulullah s.a.w, dia bangkit kepadanya, menciumnya dan mempersilakannnya duduk di tempat duduk baginda. Dan jika Rasullullah s.a.w masuk kepadanya, dia bangkit daripada tempat duduknya, mencium baginda dan mempersilakan baginda duduk di tempat duduknya”.  (Hadis Riwayat Abu Daud, Nasai & Tarmizi)
Hadis 15
Daripada Jabir bahawa seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai harta dan anak tetapi ayahku ingin menguasai hartaku”. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Kamu dan hartamu milik ayahmu”.  (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Hadis 16
Daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Siapa yang menjadikan ibu bapanya redha, maka dia menjadikan Allah redha dan siapa yang menjadikan ibu bapanya marah maka dia telah menjadikan Allah marah (kepadanya)”.  (Riwayat Ibnu Najar)

Hadis 17
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membayar hutang ibu bapanya sesudah mereka meninggal dunia dan menunaikan nazar mereka dan tidak menyebabkan cela bagi mereka, maka dia ditulis sebagai orang yang berbakti walaupun dia adalah orang yang pernah menderhakai ibu bapanya”. (Hadis Riwayat Ibnu Asakir)

Hadis 18
Anas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya seseorang yang ditinggal mati oleh ibu bapanya atau seorang daripada mereka, maka dia adalah orang yang menderhakai ibu bapanya lalu dia tetap mendoakan mereka dan memohon keampunan bagi mereka sehingga Allah menulisnya sebagai orang yang berbakti”. (Hadis Riwayat Baihaqi)

Hadis 19
Ibnu Abas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat adalah orang yang membunuh nabi atau orang yang dibunuh oleh nabi atau membunuh salah seorang daripada ibu bapanya dan pembuat patung serta orang berilmu yang tidak mendapat manafaat daripada ilmunya”.  (Riwayat Baihaqi)

Hadis 20
Daripada Aisyah r.a menceritakan bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w bertanya, “Ya Rasulullah s.a.w, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya?”. Rasullullah s.a.w menjawab, “Ya, bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala”.  (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

 Hadis 21
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Hadis 22
Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya, “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir”.  (Hadis Riwayat Muslim)

Sunday, March 2, 2014

Hukum Khutbah Jumaat


  1. Tulisan kali ini berkaitan dengan hukum khutbah Jumaat.
  2. Terlebih dahulu, tulisan ini bukan bermaksud menyanggahi pandangan Imam Syafi’e serta jumhur ulama’ yang mewajibkan khutbah Jumaat dibaca dan didengari oleh para jamaah.
  3. Ia sekadar membuka ruang perbincangan di kalangan umat agar setiap dari kita kita melihat betapa luasnya daerah fiqh itu untuk diterokai oleh sesiapa sahaja.
  4. Justeru, jangan pula nanti tulisan ini dijadikan hujah untuk mana-mana pihak menjatuhkan hukuman sama ada kepada yang bersependapat atau bertentangan dengan penulis.
  5. Mengenai khutbah Jumaat, jumhur ulama’ berpendapat bahawa ia adalah wajib.
  6. Menurut Imam Syafi’e rahimahullah ta’ala, sebarang urusan yang tidak berkaitan dengan solat Jumaat adalah haram dilakukan sebaik sahaja Imam naik ke mimbar.
  7. Pandangan para ulama’ ini disokong hadis-hadis sahih yang menyatakan bahawa Baginda Rasul berkhutbah pada setiap kali mengerjakan solat Jumaat.
  8. Lalu mereka mengambil alasan itu dan digandingkan dengan sabda Nabi, “صلوا كما رأيتموني أصلي” yang bermaksud, “sembahyanglah kamu seperti kamu melihat aku sembahyang”.
  9. Pandangan mereka juga turut disokong oleh firman Allah dari ayat ke-9 surah al-Jumu’ah yang berrmaksud, “Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah(zikrillah) dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
  10. Kalimah zikir dalam ayat di atas ditafsirkan sebagai khutbah. Demikian ada perintah zikir yang bermaksud khutbah, maka zikir atau khutbah itu hukumnya wajib.
  11. Walaubagaimanapun, alasan-alasan ini tidak dipersetujui oleh Imam Syaukani.
  12. Mengenai alasan pertama, dijawabnya bahawa semata-mata mengerjakan sahaja tidak bererti ia wajib.
  13. Alasan kedua dari hadis, “solatlah kamu seperti kamu melihat aku solat”, ia merujuk kepada solat Nabi bukan khutbah Nabi kerana khutbah tidak termasuk solat.
  14. Bagi alasan ketiga yang merujuk istilah zikir dalam ayat ke-9 surah al-Jumu’ah, Imam Syaukani berpendapat zikir dalam ayat itu adalah solat. Maka yang wajibnya ialah solat bukan khutbah.
  15. Selanjutnya kata Imam Syaukani, “Maka yang benar ialah apa yang dikemukakan oleh Hasan Basri, Daud Zahiri dan Juwaini, bahawa khutbah itu hukumnya hanya sunat.”
  16. Kesimpulannya, khutbah Jumaat juga termasuk dalam cabang khilafiah.
  17. Jangan lagi ada yang rasa pelik, geram atau hukum orang yang datang lewat untuk solat Jumaat sebagai tidak sah solat mereka kerana tak dengar khatib baca khutbah.
  18. Mungkin mereka ini sudah terbiasa dengan pandangan yang dikemukakan oleh Imam Syaukani. Tidak menjadi hal bagi mereka sama ada nak dengar atau tak nak dengar khutbah.
  19. Kata mereka lagi, “dengar khutbah pun macam tak dengar, terangguk-angguk.”
- والله أعلم -
::Rujukan penulis: Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah Jilid Dua(Terjemahan) pada bab Khutbah Jumaat.

Tuesday, February 25, 2014

srikandi hebat zaman rasullullah.s.a.w..



Islam memposisikan wanita pada kedudukan yang mulia. Wanita diibaratkan sebagai tiang kehidupan sebuah bangsa, negara bahkan agama. Jika baik para wanitanya, maka baiklah bangsa dan negara itu, demikian pula sebaliknya. Di dalam sejarah, kita mengenal adanya tokoh-tokoh wanita Islam yang memberikan kontribusi yang cukup besar pada perjuangan dakwah Islam kala itu. Bahkan sampai hari ini, peran dan kontribusi tokoh-tokoh wanita Islam masih sangat dibutuhkan.
Di dalam Islam, wanita memiliki peran yang cukup beragam dalam kehidupan. Wanita tak hanya berfungsi sebagai ibu rumah tangga yang baik, para wanita juga memiliki kiprah dan tuntutan peran yang dibutuhkan oleh lingkungan masyarakatnya.
Berikut ini beberapa tokoh-tokoh wanita Islam yang cukup memberi kontribusi perjuangan Islam dalam berbagai aspek;
SITI KHADIJAH
Diantara tokoh-tokoh wanita Islam, Siti Khadijah merupakan wanita yang memiliki perjuangan luar biasa terhadap perkembangan Islam. Siti Khadijah telah memberikan dukungan luar biasa terhadap Rasulullah pada masa awal-awal kenabiannya. Tak hanya dukungan moril, sebagai wanita yang kaya raya, Siti Khadijah juga menafkahkan hartanya untuk perjuangan dakwah Islam. Ia juga dikenal sebagai wanita yang pertama kali masuk Islam. Sebagai istri, Siti Khadijah adalah contoh dari seorang istri. Bahkan seorang Siti Aisyah (istri Rasulullah) pun mengaku cemburu terhadap Siti Khadijah.
SITI AISYAH
Aisyah dikenal sebagai seorang wanita yang sangat cerdas. Kemampuannya dalam menghafal ribuan hadis telah membuktikan dedikasi terhadap Islam dalam hal intelektualitas. Masing-masing tokoh wanita Islam memiliki karakteristik yang khas dalam berbagai bidang dalam mendukung perjuangan Islam.
SUMAYYAH
Sumayyah cukup dikenal sebagai tokoh wanita yang diakui jihadnya. Beliau adalah wanita yang pertama kali syahid di jalan Allah. Sumayyah dan suaminya Yassir menolak permintaan kaum kafir Quraisy untuk meninggalkan Islam. Akibat sikapnya itu, Sumayyah dibunuh dengan tombak oleh kaum kafir.
NUSAIBAH
Rasulullah SAW yang Mulia, berdiri di puncak bukit Uhud dan memandang musuh yang merangsek maju mengarah pada dirinya. Beliau memandang ke sebelah kanan dan tampak olehnya seorang wanita mengayun-ayunkan pedangnya dengan gagah perkasa melindungi dirinya. Beliau memandang ke kiri dan sekali lagi beliau melihat wanita tersebut melakukan hal yang sama – menghadang bahaya demi melindungi sang Pemimpin orang-orang beriman.
Kata Rasulullah SAW.kemudian, “Tidaklah aku melihat ke kanan dan ke kiri pada pertempuran Uhud kecuali aku melihat Nusaibah binti Ka’ab berperang membelaku.”
Memang Nusaibah binti Ka’ab Ansyariyah demikian cinta dan setianya kepada Rasulullah sehingga begitu melihat junjungannya itu terancam bahaya, dia maju memutar-mutarkan pedangnya dengan perkasa sehingga dikenal dengan sebutan Ummu Umarah, adalah pahlawan wanita Islam yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi Islam termasuk ikut dalam perang Yamamah di bawah pimpinan Panglima Khalid bin Walid sampai terpotong tangannya. Ummu Umarah juga bersama Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam dalam menunaikan Baitur Ridhwan, yaitu suatu janji setia untuk sanggup mati syahid di jalan Allah.
Nusaibah adalah satu dari dua wanita yang bergabung dengan 70 orang lelaki Ansar yang berbaiat kepada Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam. Dalam baiat Aqabah yang kedua itu ia ditemani suaminya Zaid bin Ahsim dan dua orang puteranya: Hubaib dan Abdullah. Wanita yang seorang lagi adalah saudara Nusaibah sendiri. Pada saat baiat itu Rasulullah menasehati mereka, “Jangan mengalirkan darah dengan sia-sia.”
Dalam perang Uhud, Nusaibah membawa tempat air dan mengikuti suami serta kedua orang anaknya ke medan perang. Pada saat itu Nusaibah menyaksikan betapa pasukan Muslimin mulai kocar-kacir dan musuh merangsek maju sementara Rasulullah SAW berdiri tanpa perisai. Seorang muslim berlari mundur sambil membawa perisainya, maka Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam berseru kepadanya, “Berikan perisaimu kepada yang berperang”. Lelaki itu melemparkan perisainya, yang lalu dipungut oleh Nusaibah untuk melindungi Nabi.
Ummu Umarah sendiri menuturkan pengalamannya pada Perang Uhud, sebagaimana berikut: “…saya pergi ke Uhud dan melihat apa yang dilakukan orang. Pada waktu itu saya membawa tempat air. Kemudian saya sampai kepada Rasulullah SAW. yang berada di tengah-tengah para sahabat. Ketika kaum muslimin mengalami kekalahan, saya melindungi Rasulullah SAW, kemudian ikut serta di dalam medan pertempuran. Saya berusaha melindungi Rasulullah SAW dengan pedang, saya juga menggunakan panah sehingga akhirnya saya terluka.”
Ketika ditanya tentang 12 luka ditubuhnya, Nusaibah menjawab, “Ibnu Qumaiah datang ingin menyerang Rasulullah ketika para sahabat sedang meninggalkan baginda. Lalu (Ibnu Qumaiah) berkata, ‘mana Muhammad? Aku tidak akan selamat selagi dia masih hidup.’ Lalu Mushab bin Umair dengan beberapa orang sahabat termasuk saya menghadapinya. Kemudian Ibnu Qumaiah memukulku.”
Rasulullah juga melihat luka di belakang telinga Nusaibah, lalu berseru kepada anaknya, “Ibumu, ibumu…balutlah lukanya! Ya Allah, jadikanlah mereka sahabatku di surga!” Mendengar itu, Nusaibah berkata kepada anaknya, “Aku tidak perduli lagi apa yang menimpaku di dunia ini.”
Subhanallah, sungguh setianya beliau kepada baginda Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam.
THE BLACK RIDER (khaulah binti azur)
Ksatria Berkuda Hitam! Itulah sosok Khaulah binti Azur. Seorang muslimah yang kuat jiwa dan raga. Sosok tubuhnya tinggi langsing dan tegap. Sejak kecil Khaulah suka dan pandai bermain pedang dan tombak, dan terus berlatih sampai tiba waktunya menggunakan keterampilannya itu untuk membela Islam bersama para mujahidah lainnya.
Dalam salah satu peperangan melawan pasukan kafir Romawi di bawah kepemimpinan Panglima Khalid bin Walid, diriwayatkan, tiba-tiba saja muncul seorang penunggang kuda berbalut pakaian serba hitam yang dengan tangkas memacu kudanya ke tengah-tengah medan pertempuran. Bagai singa lapar yang siap menerkam, sosok berkuda itu mengibas-ngibaskan pedangnya dan dalam waktu singkat menumbangkan tiga orang musuh.
Panglima Khalid bin Walid serta seluruh pasukannya tercengang melihat ketangkasan sosok berbaju hitam itu. Mereka bertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang tertutup rapat seluruh tubuhnya dan hanya terlihat kedua matanya saja itu. Semangat jihad pasukan Muslimin pun terbakar kembali begitu mengetahui bahwaThe Black Rider, si penunggang kuda berbaju hitam itu adalah seorang wanita!
Keberanian Khaulah kembali teruji ketika dia dan beberapa mujahidah tertawan musuh dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung dan dikawal ketat selama beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mau menyerah dan terus menyemangati sahabat-sahabatnya. Katanya, “Kalian yang berjuang di jalan Allah, apakah kalian mau menjadi tukang pijit orang-orang Romawi? Mau menjadi budak orang-orang kafir? Di mana harga diri kalian sebagai pejuang yang ingin mendapatkan surga Allah? Dimana kehormatan kalian sebagai Muslimah? Lebih baik kita mati daripada menjadi budak orang-orang Romawi!”
Demikianlah Khaulah terus membakar semangat para Muslimah sampai mereka pun bulat tekad melawan tentara musuh yang mengawal mereka. Rela mereka mati syahid jika gagal melarikan diri. “Janganlah saudari sekali-kali gentar dan takut. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyak takbir serta kuatkan hati. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat.
Dikisahkan bahwa akhirnya, karena keyakinan mereka, Khaulah dan kawan-kawannya berhasil melarikan diri dari kurungan musuh!
NAILAH  ( si cantik yang pemberani )
Nailah binti al-Farafishah adalah istri Khalifah Ustman bin Affan. Dia terkenal cantik dan pandai. Bahkan suaminya sendiri memujinya begini: “Saya tidak menemui seorang wanita yang lebih sempurna akalnya dari dirinya. Saya tidak segan apabila ia mengalahkan akalku”. Subhanallah!
Mereka menikah di Madinah al-Munawwarah dan sejak itu Ustman kagum pada tutur kata dan keahlian Nailah di bidang sastra. Karena cintanya, Ustman paling senang memberikan hadiah untuk istrinya itu. Mereka punya satu orang anak perempuan, Maryan binti Ustman.
Ketika terjadi fitnah yang memecah belah umat Islam pada tahun 35 Hijriyah, Nailah ikut mengangkat pedang untuk membela suaminya. Seorang musuh menerobos masuk dan menyerang dengan pedang pada saat Ustman sedang memegang mushaf atau Al Qur’an. Tetesan darahnya jatuh pada ayat 137 surah Al Baqarah yang berbunyi, “Maka Allah akan memelihara engkau dari mereka.”
Seseorang pemberontak lain masuk dengan pedang terhunus. Nailah berhasil merebut pedang itu namun si musuh kembali merampas senjata itu, dan menyebabkan jari-jari Nailah terputus Ustman syahid karena sabetan pedang pemberontak. Air mata Nailah tumpah ruah saat memangku jenazah sang suami. Ketika kemudian ada musuh yang dengan penuh kebencian menampari wajah Ustman yang sudah wafat itu, Nailah lalu berdoa, “Semoga Allah menjadikan tanganmu kering, membutakan matamu dan tidak ada ampunan atas dosa-dosamu!”
Dikisahkan dalam sejarah bahwa si penampar itu keluar dari rumah Ustman dalam keadaan tangannya menjadi kering dan matanya buta!
Sesudah Ustman wafat, Nailah berkabung selama 4 bulan 10 hari. Ia tak berdandan dan berhias dan tidak meninggalkan rumah Ustman ke rumah ayahnya.
Nailah memandang kesetiaan terhadap suaminya sepeninggalnya lebih berpengaruh dan lebih besar dari apa yang dilihatnya terhadap ayahnya, saudara perempuannya, ibunya dan juga kerabatnya. Ia selalu mendahulukan keutamaannya, mengingat kebaikannya di setiap tempat dan kesempatan. Ketika Ustman terbunuh, ia mengatakan, “Sungguh kalian telah membunuhnya padahal ia telah menghidupkan malam dengan Al Qur’an dalam rangkaian rakaat.”
moga aku juga berjiwa seperti mereka...amiin.