selamat beramal..



SELAMAT BERAMAL


Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah.



"Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita." (alangkah ruginya kita) sekadar perkongsian..renung2kan..dan selamat beramal

adakah kite perempuan yg SUCI..??



adakah kite perempuan yg SUCI..??


Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana- mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita



"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..


Mengapa masih ragu- ragu? "

"Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari"

Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar- besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" - Imam Ghazali-


Sunday, March 2, 2014

Hukum Khutbah Jumaat


  1. Tulisan kali ini berkaitan dengan hukum khutbah Jumaat.
  2. Terlebih dahulu, tulisan ini bukan bermaksud menyanggahi pandangan Imam Syafi’e serta jumhur ulama’ yang mewajibkan khutbah Jumaat dibaca dan didengari oleh para jamaah.
  3. Ia sekadar membuka ruang perbincangan di kalangan umat agar setiap dari kita kita melihat betapa luasnya daerah fiqh itu untuk diterokai oleh sesiapa sahaja.
  4. Justeru, jangan pula nanti tulisan ini dijadikan hujah untuk mana-mana pihak menjatuhkan hukuman sama ada kepada yang bersependapat atau bertentangan dengan penulis.
  5. Mengenai khutbah Jumaat, jumhur ulama’ berpendapat bahawa ia adalah wajib.
  6. Menurut Imam Syafi’e rahimahullah ta’ala, sebarang urusan yang tidak berkaitan dengan solat Jumaat adalah haram dilakukan sebaik sahaja Imam naik ke mimbar.
  7. Pandangan para ulama’ ini disokong hadis-hadis sahih yang menyatakan bahawa Baginda Rasul berkhutbah pada setiap kali mengerjakan solat Jumaat.
  8. Lalu mereka mengambil alasan itu dan digandingkan dengan sabda Nabi, “صلوا كما رأيتموني أصلي” yang bermaksud, “sembahyanglah kamu seperti kamu melihat aku sembahyang”.
  9. Pandangan mereka juga turut disokong oleh firman Allah dari ayat ke-9 surah al-Jumu’ah yang berrmaksud, “Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah(zikrillah) dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
  10. Kalimah zikir dalam ayat di atas ditafsirkan sebagai khutbah. Demikian ada perintah zikir yang bermaksud khutbah, maka zikir atau khutbah itu hukumnya wajib.
  11. Walaubagaimanapun, alasan-alasan ini tidak dipersetujui oleh Imam Syaukani.
  12. Mengenai alasan pertama, dijawabnya bahawa semata-mata mengerjakan sahaja tidak bererti ia wajib.
  13. Alasan kedua dari hadis, “solatlah kamu seperti kamu melihat aku solat”, ia merujuk kepada solat Nabi bukan khutbah Nabi kerana khutbah tidak termasuk solat.
  14. Bagi alasan ketiga yang merujuk istilah zikir dalam ayat ke-9 surah al-Jumu’ah, Imam Syaukani berpendapat zikir dalam ayat itu adalah solat. Maka yang wajibnya ialah solat bukan khutbah.
  15. Selanjutnya kata Imam Syaukani, “Maka yang benar ialah apa yang dikemukakan oleh Hasan Basri, Daud Zahiri dan Juwaini, bahawa khutbah itu hukumnya hanya sunat.”
  16. Kesimpulannya, khutbah Jumaat juga termasuk dalam cabang khilafiah.
  17. Jangan lagi ada yang rasa pelik, geram atau hukum orang yang datang lewat untuk solat Jumaat sebagai tidak sah solat mereka kerana tak dengar khatib baca khutbah.
  18. Mungkin mereka ini sudah terbiasa dengan pandangan yang dikemukakan oleh Imam Syaukani. Tidak menjadi hal bagi mereka sama ada nak dengar atau tak nak dengar khutbah.
  19. Kata mereka lagi, “dengar khutbah pun macam tak dengar, terangguk-angguk.”
- والله أعلم -
::Rujukan penulis: Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah Jilid Dua(Terjemahan) pada bab Khutbah Jumaat.