selamat beramal..



SELAMAT BERAMAL


Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah.



"Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita." (alangkah ruginya kita) sekadar perkongsian..renung2kan..dan selamat beramal

adakah kite perempuan yg SUCI..??



adakah kite perempuan yg SUCI..??


Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana- mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita



"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..


Mengapa masih ragu- ragu? "

"Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari"

Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar- besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" - Imam Ghazali-


Saturday, April 24, 2010

luahan hati

ya ALLAH..
xtaula camne nk cakap..
SEDIH..SEDIH SGT2..
bile bukak blog DARUL QURAN..
"maaf,anda GAGAL dlm sesi temuduga untuk
DIPLOMA TAHFIZ DARUL QURAN SESI2010/1013"
saat tu..perasaan ni hanya ALLAH je yg tahu..
ALLAHUAKBAR...rasa mcm nk rebah je..
rasa cam putus asa pun ade..
ALLAHUAKBAR..
sgt pedih tuk terima..sgt berat ujian yg ALLAH bg ni..
ALLAH..
sabar..ya ALLAH..berilah hambaMU yg lemah ini
kekuatan..
KEKUATAN tuk terima ujian MU ini ya ALLAH..
aku anggap ni ujian ALLAH..
insyALLAH..pasti de hikmahnya..
3 hari lps 15/4 result DQ..
sekali lagi aku menaruh harapan..
mungkin rezeki ku bukan di DQ..
pasti de hikmahnya..
insyallah..
hatiku kuat berkata
mungkin ALLAH nk hantar aku terus ke JORDAN..
wallhua'lam.
sekali lagi harapan tinggal harapan..
aku xtersenarai dlm pelajar yg mendapat DERMASISWA ZAKAT SELANGOR..
tuk ke bumi anbia'..
aku nk sambung di JORDAN..!!
ALLAHUAKBAR..
sekali lagi..perasaan sedih!
kecewa! hiba! terluka!
perasaan2 negatif smakin menghantui diriku..
putus harapan..SEDIH!!
KECEWA YANG TERAMAT!!
hanya ALLAH je yg tahu..
ya allah..aku anggap ni ujian allah..
ALLAH tgh menguji diriku yg lemah ini..
berilah aku KEKUATAN YA ALLAH..
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
pasti ade hikmah de sebalik ape yg ditetapkan..
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
aku tahu pasti de hikmahnye..
mungkin sekarang aku xnmpk lagi..
tp aku yakin ya ALLAH..
ALLAH MAHA MENGETAHUI..
ALLAH MAHA MEMAHAMI..
apepun yg ALLAH tetapkan untuk aku adlh sbnrnye yg TERBAIK untuk diri ini..
aku xtau..tp ALLAH tahu ape yg terbaik tuk diri ini..
andai dh tertulis STAM rezeki ku..
aku terima..
insyallah..
aku akn usaha sungguh2 sampai aku dpt
MUMTAZ STAM..
insyallah AMIN........
KITE HANYA MERANCANG..
ALLAH yg tetapkan..
n
PERANCANGAN ALLAH TUK AKU ADLH SEBAIK-BAIK PERANCANGAN..
aku terima..ya ALLAH..
aku REDHA..
AKU REDHA..AKU TERIMA..
kuatkan semangatku untuk meneruskan
PERJUANGAN ini..
YA ALLAH..mudahkan segala urusan ku..
kejayaan aku bukan 7A..
bukan JORDAN..@ DQ..
bukan ANUGERAH PELAJAR MITHALI......
aku kejar kejayaan dunia akhirat..
insyallah..
MUDAHKAN URUSANKU..
MUDAHKAN AKU TUK DPT
KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT..
MUDAHKAN AKU..
aku nk jd pendakwah yg penuh dlm dadanya ilmu2 akhirat supaya ku blh sampaikan ngn orgn lain..
insyallah..amin..
MUDAHKAN URUSANKU YA ALAH..
AMIN..AMIN YA RABBALA'LAMIN..
aku xberhenti mengharap drpdMU ya ALLAH..
setiap yg berlaku pasti de HIKMAHNYA..
pasti de hikmahnya..
pasti de hikmahnya..
insyallah..AMIN...
ya ALLAH...yg MAHA MENGETAHUI
asalnya aku nk masuk DQ..
satu je sebabnya..
aku nk jd hafizah..
aku nk jadi hamlatul quran
yg berjaya DUNIA AKHIRAT...
kerana..
aku nk jadi insan yg tarik umi dan ayahku yg tersayang masuk ke dlm syurgaMU..
ya ALLAH..
jgn KAU kuburkan harapanku..
jgn KAU patahkan semangatku
cita2 ku..
untuk pegang 30juzuk
ayat2 suciMU...
bantu aku ya ALLAH..
untuk berjaya dunia akhirat...
amin.......
AKU SERAH SEGALANYA PADAMU...
sesungguhnya ENGKAU MAHA MENGETAHUI..
ape yg terbaik buat diriku ini...
wallhua'lam...

awak sudi jadi isteri KEDUA saya..??

~AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA??~


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak."Tak. Maksud saya…" "Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar."Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning.

Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya."Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua.

Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut. Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti.

Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak.

Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah."Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat.

Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini.
Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya."Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

*******************************************************************************

Sunday, April 11, 2010

ANUGERAH PELAJAR MITHALI..

alhamdulillah..
hari ini...diumumkan..ana sbg pelajar mithali 2009...
alhamdulillah...ana bersyukur ya ALLAH...

ana anggap ni juga satu ujian dr ALLAH...
ya ALLAH semoga ana tergolong dlm golongn org yg BERSYUKUR...
semoga dgn anugerah ini..ana jadi HABA ALLAH yg lbh BERTAQWA...
insyallah...

hidup ana ats muka bumi ni..hanyalah tuk mencari REDHA ALLAH..
aku sayang ALLAH..
aku CINTA ALLAH...

redhailah dan BERKATILAH hidup HAMBAMU ini...
hambamu ini hamba yg lemah..
JAGALAH HATI HAMBAMU ININ YA ALLAH..
supaya sentiasa bertambah DEKAT dgn ALLAH..insyallah..
amin..amin..yarabbala'lamin.........

Sunday, April 4, 2010

Lewatkan SOLAT...???

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea.
Jika berpuasa Amalan kitadirect terus padaNya.
Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya...

Kisahnya…..

Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kita,

Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit. Dimana setiap penjaga tol,
(Kroni malaikat juga) Jika sembahyang di awal waktu, Tolnya “free” Sekatan tol tiada. Tiada “jem” Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan.

Tapi

Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga
Tapi sekatannya MasyaAllah….

Di langit pertama,

Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan. Tetapi… penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi

Maka..Jatuh berderai…Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua, Samalah juga,Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalanMerayu lagi kawan kita. Tak dipedulinya. Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi..Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga..

La…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai….Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi

Maka..Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga .

Maka…Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula

Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa... Ish….
Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai.. Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti

Ya Allah… Ampunkan kami… Kerana lalai…Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang...Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu . Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.Amin.

Awak Jangan Terasa Ye...

Satu hari di sebuah kelas, Sarah, Tipah dan beberapa pelajar lain sedang membincangkan isu masalah gejala social dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan pelajar (baik mahasiswa ataupun pelajar sekolah).


"Semalamkan, kakak saya call mak saya sebelum dia ambik paper." Sarah sebagai salah seorang yang mendengar cerita Tipah hanya tersenyum. Sarah akui sudah menjadi kebiasaan bagi insan2 yang bergelar anak dan pelajar mengambil kesempatan untuk memohon 'restu' ibu bapa sebelum menduduki imtihan, malah Sarah sendiri juga begitu. "Tapikan awak, awak tahu apa yang terjadi?." Lah.. citer jelah...

"Awak jangan terasa bila saya citer ye." Apa hal pulak dia ni?, ada kena mengena dengan aku ke, kakak dia pun aku tak kenal..hihi... kata Sarah dalam hati.

"Takpe, awak citer jew. Saya akan cuba menjadi pendengar yang baik...hihi...".
Tipah menyambung, "Kakak saya cuak sangat, sebab dia nampak darah dekat bilik air." Darah???. "Lepas tu ada suara orang kesakitan mintak tolong. Kakak saya ni ingat hantu..hehe...sebab waktu tu pagi." Sarah pun tumpang gelak sekali.

"Rupanya ada orang keguguran." Hah!!! terkejut semua yang mendengar termasuk Sarah. Tapi Sarah sempat menyampuk, "Urm... lah, biasalah orang keguguran. Mungkin bukan rezeki dia nak ada anak kot. Tapi saya peliklah, saya pernah keguguran ke sampai awak kata 'jangan saya terasa pulak'..hehe... keguguran rambut pernahlah...huhu.."

Tipah buat muka bersalah. "Akak tu tak nikah lagi, dan...urm... akak tu pakai tudung labuh macam awak, dia pun selalu pakai jubah. Akak tu memang nampak baiklah." Sarah diam.

So what the point???... Muka Sarah berubah serta merta dengan takat suhu tiba2 meningkat ke paras tertinggi. Fuh... ini betul2 mencabar tahap kesabaran nih... semua yang mendengar memandang Sarah. Tenanglah wahai diri.... Sarah memandang muka insan yang menuturkan kata2 yang 'mengguris hati' kecilnya. Insan ini juga memang sering menduga keimanan dan kesabaran. Sering juga mencari isu untuk diperdebatkan dengan Sarah (entah apa sebabnya, tak tahulah).Urm... 'apa aku nak kata kali ni dekat hamba Allah yang sorang ni yerk'..monolog hati Sarah.


"Jadi apa kena mengena akak tu dengan saya?." "Urm... takdelah... saya nak citer tentang gejala sosial dalam kalangan mahasiswa sebenarnya." Sarah pun menjawab, "Jadi main pointnya, awak nak kata tak kira macam mana baiknya mahasiswa tu kelihatan diluaran, kita jangan sangka dia baik, macam tue?". Tipah mengangguk.


"So, kenapa awak mesti cakap 'jangan terasa' hanya pada saya, dan tidak merujuk kepada semua? sebab saya pakai tudung labuh macam kakak tu?, dan kenapa awak perlu merujuk 'tudung labuh' seperti saya? kenapa nak bandingkan akak tu dengan saya?." Soal Sarah bertubi2. Tipah senyap. Sarah menarik nafas. Sebelum menjawab kebisuan Tipah.

"Saya faham apa yang awak nak cerita. Tapi maaf saya tak boleh terima cara penyampaian sebegini. Di awal lagi awak tak harus kata 'jangan terasa' dengan hanya merujuk kepada saya seorang, cerita awak ni nampak macam awak berniat nak mencari kesalahan insan2 yang bertudung labuh. Sedangkan main point awak, awak nak cerita tentang kebenjatan sosial dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar. Kita semua siswi, harus 'terasa' dengan isu ini, ini soal maruah, bukan kira tudung berapa inci tudung kita pakai. Lainlah tajuk utama awak, 'budak tudung labuh buat maksiat' atau 'budak tudung labuh berlagak baik, tapi tak baik pun'. Kalau itu headlinenya, insya-Allah saya boleh terima dari awal lagi cerita awak ni. Tapi isunya berbeza kini. Saya akui saya sedang terasa sekarang. Awak juga tak patut bandingkan saya dengan kakak tu dengan merujuk pada saiz tudung yang kitorang pakai. Saya nak tanya awak, awak tak pakai tudung, lepas tu saya bandingkan awak yang tak pakai tudung sama dengan sorang perempuan yang juga tak pakai tudung buat maksiat dekat taman semalam, awak boleh terima tak? Sedangkan isu yang saya nak cakap adalah gejala maksiat dekat taman yang semakin berleluasa." Sarah bertanya. Mungkin agak kasar bunyinya. Tipah diam.

"Entahlah saya mintak maaf. Saya tahu saya bukan baik sangat, dan tudung bukan ukuran apa2. Saya pun selalu cakap yang saya memang tak baik pun. Tapi tak yah buat comparison macam tu. Dan saya juga tahu awak dah bagi amaran agar saya jangan terasa, dan saya tahu saya tak perlu terasa sebab saya tak buat benda tu. Tapi saya nak awak tahu, jangan kerana sorang yang pakai tudung labuh buat onar, awak nak judge semua yang macam dia punya perangai seperti dia. Sebab awak sendiripun tak suka dan tak sudi nak terima kalau ada orang compare awak dengan insan yang sama macam awak. Dan satu lagi, jangan guna isu lain, untuk membangkitkan isu lain. Awak faham2kanlah apa yang saya cakap ni."

Semua diam... Sarah pun diam... Mungkin diam itu lebih baik dari berkata2 sesuatu yang mungkin menyakitkan haati insan lain... Sesungguhnya menjaga hubungan baik sesama insan lebih susah dari menjaga hubungan baik dengan Allah swt... kerana Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang serta Maha Pengampun...


...Cerita habis sampai situ...


Cerita yang bermula dengan ayat 'Awak jangan terasa' akhirnya berubah jadi

'saya memang terasa'...



p/s: jangan sesekali bandingkan setiap individu dengan individu yang lain sebagai sama dengan hanya melihat dari luarannya, sedangkan sekarang rambut dah lain colour, inikan pula hati manusia yang sering berubah2.

p/s:jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Friday, April 2, 2010

lagi tentang CINTA..

Salam buat pencinta-pencinta sekalian
semoga benar , cinta-cinta anda semua adalah cinta yang ikhlas
yang benar-benar diterjemah dari lubuk hati yang paling dalam
sehingga akhirnya sanggup berkorban dengan apa2 sahaja utk yg kita cintai



Apa yang kita selalu dengar ???

"Saya cintakan awak , demi ALLAH"
hmm, demi "Allah" cintanya ??

"Cinta kami ikhlas, kami bukan buat bende2 yang elok pun , dia selalu kejut saya bangun tahajjud"
- hmm, kejut tahajjud tu..kenapa kawan sebelah kejut xbangun , tp kalau dapat 'mesej' dari 'si dia' lintang pukang amik wudu' sambil solat terfikir-fikir si dia... (cinta kerana ALLAH ke ni ?)

kite tahajud..kite kene yakin..sape yg kejutkan kite..??ALLAH yg kejut kite...!!

Ada yang lagi teruk
"Lah, suka hati la kami nak buat apa2 pun..Yang paling penting cinta kami ikhlas..biarlah apa orang lain nak cakap apa2 pun..mereka xtau kEIKHLASAN cinta kami"


amboi bukan main lg dia bermadah sanggup mengenepikan halal dan haram demi cintanya yang IKHLAS katanya..



"saya cinta ALLAH..saya SAYANG RASULULLAH..saya CINTA islam.."

kata kata yg ringan dibibir umat islam zaman kini..tetapi..adkh benar dn bertepatan dgn amal dn tindak laku mrk..seharian...??sama2 lah kite MUHASABAH diri...

kata2 SAYANG DAN CINTA ALLAH ini..bukan hanya meniti dibibir..tetapi perlu kite BUKTIKAN PD zahirnya...insyallah...perasaan CINTA ini seharusnya lahir dr lubuk hati yg bawa maksud yg sgt2 mendalam..


"CINTA mampu membawa kebahagiaan yg kekal selama-lamanya jika benar diletakkan pada tempat yg BENAR dan HAQ...Cintalah ALLAH dan Rasulnya sebelum sesiapa yg lainnya...Dan pasti kita akan bahagia tanpa menolak cinta kita kepada manusia2 yg lain termasuk ibu bapa, kawan2 , isteri (kalau ada) , suami dan sesiapa sahaja....."



Ikhwah-ikhwah sekalian, jangan risau ...

"Lelaki-lelaki baik adalah untuk wanita-wanita yg baik"

Jadi teruskan meng'islah' diri kita


Bekerjalah dengan lebih kuat
Jaga Pandangan dan tutup segala pintu masuk Syaitan
jaga hati kite dr terlalai
jaga hati kite dr terleka
dekatkan hati kite dgn ALLAH



Jangan Risau..insyaALLAH masanya pasti tiba

tugas kite sekarang kuatkan CINTA
kite pd ALLAH..bukan hanya meniti dibibir tetapi perlu dibuktikan..insyALLAH

CINTA

Perkataan CINTA sekarang ni acapkali disebut dan tatkala ianya disebut,maka tersenyum kebanyakan remaja dengan seribu makna tersirat.Kebanyakannya penuh bergelumang dengan nafsu.Namun x dinafikan ada yang berada di atas landasan yang betul.

Apa yang ingin ana bincangkan hanyalah satu perkara,tapi mungkin kita sume terlepas pandang.Satu faktor yang menimbulkan rasa cinta dan sayang sesama manusia.Faktornya,kekerapan berjumpe.Anda setuju?lihat saja situasi yang banyak berlaku sekarang,terbit rasa cinta dalam kalangan ahli sepejabat,rakan sekelas,dll. atas dasar selalu berjumpe.Bila dah selalu jumpe,terasa rindu la pulak.Sehari x nampak terus x senang duduk.Mula lah tulis SMS,caling2 dan lain2.

Jom kita analisis sket tentang keadaan ni.X dinafikan kekerapan berjumpe seseorang bleh menimbulkan rasa kasih dan sayang.Sebagai umat Islam,tidakkah kita tertanya-tanya,Rasulullah S.A.W. merupakan kekasih Allah,dijamin kedudukannya di Syurga kelak.Namun,baginda masih terus-menerus melakukan ibadat,ibadat nawafil baginda x terhitung.Dapat x kita nampak persamaannya disini?

Nabi kerap bersolat untuk berjumpe dengan Allah,berkomunikasi dengan Allah.Maka timbul perasaan cinta kepada Allah,CINTA YANG HAKIKI.Bila dah terasa rindu,selalu teringatkan Allah.Maka berzikirlah hamba Allah untuk mengingatiNYa.Bila sentiasa teringat Allah,hati ini terasa berat dan bersalah untuk melakukan maksiat terutamanya untuk mencintai manusia lebih daripadaNya.Betapa manisnya cinta yang hakiki ini.

Namun perasaan cinta kepada manusia merupakan naluri manusia.Bagi lelaki cinta kepada isteri terletak di no.4 selepas Allah,Rasulullah dan Ibu.Bagi Isteri pulak,no.3 selepas Allah dan Rasulullah.Pabila hati sudah bersedia untuk menerima cinta manusia,ucapkanlah doa yang diamalkan Rasulullah:-

"Ya Allah,kurniakanlah daku perasaan cinta kepadaMu,dan Cinta kepada orang yang mengasihiMu,dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cintaMu."
Akhirulkalam...

MAAFKAN ANA YA RASULULLAH.....

Maafkan ana ya Rasulullah...
Kerana tidak mampu menjadi seperti "Saydina Abu Bakar as-siddiq"
yg bersungguh-sungguh menyampaikan risalah...
tanpa mengira penat mahupun bahaya...

Maafkan ana ya Rasulullah...
kerana tidak layak menjadi "Umar"
Ummar al-khattab yg tegas
Sehingga digeruni Musuh mahupun Syaitan...

Maafkan ana ya Rasulullah...
Kerana ana bukan seperti Sayyidina Uthman al-affan
Yg hebat mewakafkan harta dan masanya
membukukan al-Quran untuk panduan sepanjang zaman...

Maafkan ana ya Rasulullah ..
Kerana ana bukanlah Saiyyidina Ali
yg begitu warak dan sanggup menggadaikan nyawa
menggantikan tempat tidurmu...

Maafkan ana ya Rasulullah..
Kerana ana tidak seperti "Umar abdul Aziz"
yg benar-benar ikhlas menjalankan amanahnya
yg begitu Zuhud pekertinya
meminta dikuburkan jauh dihujung pelosok dunia...

Maafkan ana ya Rasulullah...
kerana ana tidak dapat memanfaatkan masa..
seperti mereka semua..
yg benar-benar telahmu pilih untuk meneruskan perjuanganmu...

Ya Rasulullah...
sekiranya engkau masih hidup pada hari ini
bersama-sama kami
pasti ana akan tunduk
setunduk-tunduknya..kerana malu...kepadamu kekasih Allah...

Apakah ana meneruskan jalan-jalanmu itu ?
ana juga tidak tahu....

Ya Allah..
kurniakanlah daku kesempatan waktu...
yg bukan menjadi hamba kepada buku...
tetapi memberi cahaya keseluruh alam...


semoga CINTA dan RINDU ana pd rasulullah semakin bertambah dr hari ke hari..insyallah....
ya ALLAH pilihlah ana tuk menjadi salah seorang mujahidah yg syahid di jalanMU..amin..yarabbala'lamin..