selamat beramal..



SELAMAT BERAMAL


Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah.



"Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita." (alangkah ruginya kita) sekadar perkongsian..renung2kan..dan selamat beramal

adakah kite perempuan yg SUCI..??



adakah kite perempuan yg SUCI..??


Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana- mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita



"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..


Mengapa masih ragu- ragu? "

"Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari"

Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar- besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" - Imam Ghazali-


Wednesday, May 5, 2010

hati dh thabit tuk stam

bismillahhirrahmanirrahim..
alhamdulilah.
ALLAH bukak hati ana tuk belajar STAM
dgn bersungguh-sungguh..
ana nk belajar betul2..
mmg dh tertulis ana akn amik stam,...
insyallah ade hikmahnye..
ana akn belajar stam sungguh2..

Sunday, May 2, 2010

ORANG IKHLAS TERTINDAS..??

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang,
kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.
Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuahorganisasi.
"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kataseorang kakak berterus-terang.
"Mengapa?" balas saya.
"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu.
Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini.
Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaranyang wajar.
Saya bukannya orang yang bermuka-muka.
Tak pandai saya nakampu-ampu orang atas,
Fokus saya kepada kerja sahaja."
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior.
Telahberpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut.
Itu adalah kaliterakhir dia mengikuti program latihan.
Enam bulan lagi dia akanbersara.
Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam
sesi memperkenalkandiri itu telah
digunakannya sepenuhnya untuk
meluahkan rasa kecewa danmarahnya sepanjang berkhidmat di situ.
Sungguh, dia kecewa sekali.
Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas
dan gigih tetapi tidak pernahdinaikkan
pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanyakepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalamsesi sebelumnya dapat diredakan."Oh ramai encik.""Bagaimana dengan anak-anak kakak?"
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang
anak-anaknya.
Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya
dalam profesion masing-masing.
Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dansebagainya.
Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
"Kakak, boleh saya bertanya?"
"Tanyalah encik."
ujar kakak itu sambil tersenyum.
Mendung di wajahnya sudah berlalu.
Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.
Memang, semua anak-anaknya menjadi.
"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naikgaji, mana yang kakak pilih?"
Belum sempat dia menjawab,
saya bertanya lagi,
"antara kakak naik pangkat
dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka,
mana yang kakakpilih?"
Dengan cepat kakak itu menjawab,
"hati ibu encik. tentulah saya pilih
anak-anak saya menjadi walaupun
tidak naik gaji atau dapat pangkat.
Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya."Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalamorganisasi ini telah mendapat ganjaran." kata saya perlahan.
"Maksud encik?"
"Allah telah membalas dengan ganjaran
yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai.
Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini,
Allahberikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."
"Tidak pernah saya terfikir begitu encik."
"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita.
Tetapi yakinlah
what you give, you get back.
Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia.
Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."
"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikankebaikan itu?"
"Maksud kakak?"
"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja,tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan ditempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukahencik?"
"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikanakan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil goldenrule!" Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satujalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuahkereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk kelorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat,kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapankita."
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang sayasampaikan dengan begitu teliti.
"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atausetelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalahlorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorongsebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantusebelumnya memberi laluan untuk kita?"
Kakak itu tersenyum dan berkata,
"tak logik encik. Kereta yang kitabantu tadi entah ke mana perginya."
"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'
"Pasti ada! Insya-Allah."
"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong.Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluankepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untukmembalas kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yangtidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."
"Subhanallah!"
"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalamkehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan Ayang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?"
tanya kakakitu lagi.
Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas.
Tetapi Allah Maha Kaya danMaha Pengasih,
siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun
mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu
akan dikembalikan kepadaorang yang melakukannya.
Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akanmelantun semula kepada pembalingnya!"
"selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."
"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal.
Tetapi saya katakan tadi,Allah Maha kaya,
Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya didunia lagi."
"Maksud encik?"
"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting. hati yang sejahtera.
Inilah kekayaan dankelebihan yang
lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."
"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkatatau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kakibodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"
Giliran saya pula tersenyum.
"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.
Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja. pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat.
Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun.
Ingat apa yang saya kata tadi,
what you giveyou get back.
Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja,
tetapi untuk kejahatan juga.
Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali
semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai
bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang
berpura-pura!"
terang saya panjang lebar.
"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang
tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"
"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi
Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah.
God is our "ceo",
kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan
diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain.
Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan."
"Maksud encik?"
"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kitabuat kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"
"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau
kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan
berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan
berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,"
balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
"Tetapi Allah tidak berhenti memberi. "
kata kakak itu perlahan.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya.
Sekalipun kepadayang derhaka dan kafir,
tetapi Allah terus memberi. Justeru siapa kita
yang tergamak berhenti memberi
hanya kerana tidak mendapat penghargaan
dan ucapan terima kasih?"
"Ah, kita terlalu ego."
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya.
Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi
peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan.
orang ikhlas tertindas?