selamat beramal..



SELAMAT BERAMAL


Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah.



"Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita." (alangkah ruginya kita) sekadar perkongsian..renung2kan..dan selamat beramal

adakah kite perempuan yg SUCI..??



adakah kite perempuan yg SUCI..??


Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana- mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita



"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..


Mengapa masih ragu- ragu? "

"Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari"

Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar- besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" - Imam Ghazali-


Friday, October 11, 2013

Ilmu Faraid (kaedah pembahagian harta pusaka)


 Sabda Rasulullah s.a.w.; “Belajarlah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain kerana ia adalah separuh ilmu. Dia akan dilupakan dan dia akan menjadi perkara pertama dicabut dari umatku”. (Riwayat Ibu Majah dari Abu Hurairah r.a.)


Faktor-faktor Penerimaan Harta Pusaka

Para ulamak bersepakat bahawa ada 3 faktor yang menyebabkan penerimaan harta pusaka. Faktor-faktor tersebut adalah :

1) Mempunyai hubungan kekeluargaan, persaudaraan dan kerabat.
2) Pernikahan dan hubungan suami isteri.
3) Memerdekakan hamba sahaya.


Sebab-sebab Penghalang Penerimaan Harta Pusaka

Perkara yang menyebabkan terhalangnya pewaris daripada menerima harta pusaka mempunyai 3 sebab iaitu :

1) Jika pewaris tidak beragama Islam
2) Jika pewaris membunuh pemilik harta pusaka
3) Jika pewaris bersifat hamba

 القَاتِلُ لاِيَرِثُ
“Orang yang membunuh tidak mewarisi (harta dari orang yang dibunuhnya)”. (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)
 لاَ يَرِثُ الْمُسْلِمُ الْكَافِرَ، وَلاَ يَرِثُ الْكَافِرُ الْمُسْلِمَ
 “Tidak mewarisi seorang muslim dari seorang kafir dan tidak mewarisi seorang kafir dari seorang muslim”. (Riwayat Muslim dari Usamah bin Zaid r.a.)

Kaedah pembahagian harta pusaka (Fardhu)

Kaedah-kaedah yang digunakan di dalam ilmu faraid dalam pembahagian harta pusaka mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syara’ berdasarkan ayat di dalam Al-Quran dan cara pembahagiannya adalah seperti berikut :

1) Nisfu (½) satu perdua
2) Rubu’ (¼) satu perempat
3) Thumun (⅛) satu perlapan
4) Thulus (1/3) satu pertiga
5) Sudus (1/6) satu perenam
6) Thulusani (2/3) dua pertiga

1.1) Pewaris yang mendapat bahagian ½ adalah 5 orang iaitu :

1) Suami si mati
2) Seorang anak perempuan
3) Seorang cucu perempuan daripada anak lelaki
4) Seorang saudara perempuan kandung
5) Seorang saudara perempuan sebapa


Catatan :

1) Suami berhak mendapat bahagian ½ syaratnya apabila si mati tidak mempunyai anak atau furu’ waris dengannya.

2) Seorang anak perempuan si mati berhak mendapat bahagian ½ syaratnya apabila si mati tidak mempunyai anak lelaki.

3) Seorang cucu perempuan daripada anak lelaki berhak mendapat bahagian ½ syaratnya apabila si mati tidak mempunyai anak lelaki dan perempuan dan juga cucu lelaki daripada anak lelaki.

4) Seorang saudara perempuan kandung berhak mendapat bahagian ½ syaratnya apabila si mati tidak mempunyai bapa, saudara lelaki kandung, datuk, anak lelaki, cucu lelaki daripada anak lelaki, anak perempuan dan cucu perempuan daripada anak lelaki.

5) Seorang saudara perempuan sebapa berhak mendapat bahagian ½ syaratnya apabila si mati tidak mempunyai bapa, saudara lelaki kandung, datuk, anak lelaki, cucu lelaki daripada anak lelaki, anak perempuan, cucu perempuan daripada anak lelaki dan saudara lelaki sebapa.


 2 Orang Pewaris Yang Mendapat Bahagian 1/4 :

  1. Suami si mati.
  2. Seorang isteri atau lebih dari itu.

Catatan :
  1. Suami mendapat bahagian 1/4 syaratnya apabila si mati mempunyai anak atau furu' waris.
  2. Seorang isteri atau lebih dari itu mendapat bahagian 1/4 syaratnya apabila si mati tidak mempunyai anak atau furu' waris. 

Seorang sahaja Pewaris mendapat bahagian 1/8 :

  1. Seorang isteri atau lebih dari itu

Catatan :
  1. Seorang isteri atau lebih dari itu mendapat bahagian 1/8 syaratnya apabila si mati mempunyai anak furu' waris.
  2. Furu' waris bermaksud keturunan daripada si mati sama ada anak atau cucu atau cicit dan seterusnya hingga ke bawah.
(untuk  pengiraan yang lebih mendalam...) ~ kaedah pengiraan harta pusaka

 
 Apakah kewajipan yang mesti ditunaikan terhadap harta si mati?

Pertama; Diambil darinya untuk kos pengurusan jenazahnya.

Kedua; Kemudian, diambil darinya untuk membayar hutang-hutangnya; (pertama) hutangnya dengan hamba-hamba Allah dan (kedua) hutangnya dengan Allah.

Ketiga; Kemudian, dilaksanakan wasiatnya dengan syarat tidak melebihi 1/3 dari harta yang tinggal setelah ditolak hutang.

Keempat; Akhirnya, diagihkan kepada ahli-ahli warisnya.

Apakah rukun-rukun bagi sebuah perwarisan?

Rukun-rukun perwarisan ada tiga, iaitu;

1. al-Muwarrith iaitu orang yang mewariskan harta (yakni si mati)

2. al-Warith iaitu orang yang bakal mewarisi harta si mati.

3. al-Mauruth iaitu harta yang diwariskan oleh si mati.



No comments:

Post a Comment